Original Question:
Masalah saya ialah
a.Vagina saya mengeluarkan cecair kekuningan dan berbau hanyir.
b.Vagina saya mengalami masalah kekeringan dan apabila melakukan perhubungan intim, saya akan merasa sakit
Bagaimana cara untuk saya mengatasi masalah ini. Terima Kasih.
Jawapan Soalan:
Cecair yang keluar dari vagina kebiasaannya jernih dan jarang berbau kecuali cecair yang keluar itu hasil keradangan vagina akibat jangkitan. Jika cecair itu kekuningan maka kemungkinan besar cecair yang keluar itu mengandungi nanah dan kuman. Anda perlu rujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian kepada cecair itu, menentukan jika anda ada menghidap jangkitan faraj. Rawatan sewajar akan diberi setelah doktor mengesan infeksi.
Keradangan faraj menggangu proses penghasilan cecair pelembap mukosa faraj dan secara langsung membuat faraj kurang menghasilkan cecair pelicin dan menggangu hubungan intim seksual. Apabila masalah faraj dah selesai, keadaan akan menjadi sediakala. Untuk sementara waktu anda boleh gunakan pelicin atau ‘lubricant’, seperti yang dipaparkan dalam laman ini.
Answer:
Vaginal secretions are usually watery, colourless and odourless unless the vaginal secretions were due to vaginal inflammation caused by infections. If the vaginal secretions are yellowish there is a strong possibility the secretions contains pus cells and bacteria. You need to seek medical assistance and need to be examined if the vaginal secretions contain infections. Appropriate treatment will be provided by the doctor once the infection has been identified.
Inflammation of the vaginal mucosa affect the proper function of the mucosa and will interfere with the production of natural lubrication and affect sexual intimacies. Once the vaginal problems are overcome then the situation will be resolved. Meanwhile it is recommended to use vaginal lubricants and examples of such lubricants are in this web.